Wednesday, 2 May 2018

Putihkan Miss V- Macam Mana Saya Lakukan & Apa Yang Berlaku

Setelah bertahun- tahun saya mengalami masalah kulit gelap termasuk lipatan-lipatan kulit, celah ketiak dan kangkang. Saya telah mencuba pelbagai dan macam-macam cara untuk mencantikkan kulit di kawasan Miss V, bawah lengan,siku dan lutut. 

Saya agak obses pakai skrub itu ini, dari yang viral sampai lah yang buat sendiri (DIY) tu semua saya dah tenyeh. Hehe semua tak berapa berkesan sebab saya ni semangat tahi ayam je. Lepas dah buat tak konsisten gitulah. 

Apa yang saya perhati selama ni, kalau kita obses nak putihkan miss V contohnya, kita sebenarnya memaksa kulit kita tuk cepat berubah dari gelap menjadi cerah. Lama-lama kulit kita bukannya cerah tapi terhakis. 

Jadi nak buat apa-apa mestilah "slow and steady' dan konsisten.

Dekat Mat Salleh orang Panggil "Vajacial" untuk penjagaan kulit luar Vagina kasi cantik dan bersih. Mari kita buat rutin ala-ala Spa di rumah sahaja.

Tak membuang masa mari saya bagi Tips 

1. Skrub

Skrub Mingguan

Mulakan dengan skrub. Yang paling kuat dan kasar mula dengan Skrub Garam Susu (Yoko / A Bonne Spa Milk Bath Salt Scrub).Yang ni pakai sekali atau dua kali seminggu. Cara pemakaian, campurkan garam dan minyak mengurut. Biasa saya lebihkan minyak. Contohnya satu senduk garam campur dua senduk minyak. Nisbah 1:2 Garam dan Minyak. Kenapa campur minyak tak campur air? Cair nanti skrub ni, jadi air masin. Tambah minyak ni sebab mostly dia ada Vitamin E jadi, kulit berparut cepat hilang dan kulit lembap menyebabkan daki tu cepat "longgar" dan tertanggal. Itulah logiknya. Ada member dia pakai lotion katanya nak kasi ketiak cepat putih. Nak pakai skrub ni contohnya Ahad dan Rabu. Stay setiap minggu Ahad dan Rabu.

                                          
                            Gambar 1: Spa Milk Salt campur Minyak  brand Perfume Generic.

Skrub Harian

Saya pakai Sumber Ayu kira harian jugaklah. Kadang-kadang tak pakai pun. Sebab tak nak terlebih hakis kulit tu. Tapu Sumber Ayu ni selamat je pakai hari-hari sebab dia berkrim dan skrub dia halus. Skrub Sumber Ayu ni dia ada Stearic Acid macam "bleaching agent" gitulah. Bila pakai, biarkan beberapa minit kasi skrub bekerja dulu pada kulit. Paling minimum 3 minit gitu sambil tu gosok-gosok. Weh serius menjadi dengan Izin Allah. Pakai kat selulit kat bahu ni(gambar 3), terus putih gebu yang dulunya berselulit stretchmark. Kalau dah pakai skrub garam tu, ahad dan rabu. yang ni pakailah selasa dan jumaat. Kalau tak pakai yang kasar tu pakai Sumber Ayu ni sekerap mungkin.




Gambar 2: Skrub Sumber Ayu

 
Gambar 3: Stretchmark macam ni lerr tapi lagi teruk.

Skrub Mingguan atau Harian

Saya pakai yang ni Chemical Peeling bukan skrub fizikal yang berbiji tu. Saya suka pakai yang ni sebab dia agak cepat berkesan. Keluar daki-daki hitam tu cepat dan puass hati ku ini. Pakai kalau rasa macam berkerak sangat kulit tu. Korang tahu lah bila korang rasa daki banyak kan.

Gambar 4: Mild Cleansing Scrub jenama Watson yang Pure Beauty Pink tu.


                                                  Gambar 5: Lemon Sparkling Secret Key di Shopee.

2. Cuci